Kau tahu?
Hari itu, aku menangis.
Kerna kehilangan kau.
Aku terdampar.
Seolah seluruh sendiku ini telah dilumpuhkan.
Separuh nyawaku hilang.
Dan ketika itu,
Aku mendongak ke langit.
Cuba menjejaki sisa jiwa yang ada.
Ketika itu aku nampak.
Selembar pelangi indah di kaki langit biru.
Semerta itu aku tahu.
Yang aku akan baik-baik sahaja.
No comments:
Post a Comment