"Kau tak rindu dia?" Alisha main-main telefon bimbit Rafiq. Satu persatu gambar Rafiq dan Dila diselaknya. Ada gambar yang buat Alisha ketawa seorang diri. Rafiq pandang Alisha dengan sekilas pandang. Dia fokus memandu Proton Saga FL di tengah jalan raya menuju rumah Alisha selepas sama-sama menghadiri kenduri kahwin kawan mereka, Tarmizi.
"Kau tak rindu dia?" Rafiq mengajukan soalan sama kepada Alisha.
"Apa tiru soalan Sha!" Alisha cuba mempertahankan soalan yang diberikannya dahulu
.
.
"Eh, bukan Rafiq tanya dulu ke? Ada eh Sha tanya?" Rafiq cuba bergurau manja dengan Alisha. Alisha masam muka. Peluk tubuh. Mukanya paling ke luar tingkap. "Orang tanya tak mau jawab, tanya orang pulak. Huh." Alisha membebel seorang diri. Matanya memandang ke luar tapi mata hati langsung tak rasa nak pandang pemandangan apa yang ada.
"Apadie? Sha cakap apa?" Rafiq tak berapa dengar bebelan monolog dalaman yang diluahkan Alisha.
"Takde ape! Rafiq saje je nak bagi Sha ingat dekat Faris kan?" Rafiq ketawa kecil selepas mendengar Alisha mengamuk di dalam kereta. Dia rampas telefon bimbit yang ada pada genggaman Alisha. Dia selak-selak folder yang tertera namanya dan Dila. Dia tekan 'menu', 'delete'. "Dah, nah ambil balik." Rafiq campak semula telefon bimbit dia kepada Alisha.
"Kenapa delete? Hoi! Tak sayang ke kenangan dengan Dila?" Alisha cuba mempertikaikan kelakuan Rafiq. Dia daripada marah, menjadi pelik.
"Kenangan sentiasa ada dalam otak Sha. Kami dah takde jodoh. Biarkan ja lah gambar tu semua. Nanti kalau Rafiq dah kahwin, kena delete jugak. Hormat isteri." Rafiq menjelaskan apa yang dia lakukan. Matanya fokus memandu. Mulutnya senyum, bukan senyuman yang jahat, atau senyuman gembira. Lebih kepada senyuman lega.
"Habis nanti kalau Dila ialah jodoh Rafiq? Kenangan gambar ni semua? Rugi kot! Delete lah nanti kalau dah kahwin." Alisha terus membebel.
"Kalau Rafiq jodoh dia, kami ambil gambar baru. Kami bina kenangan baru. Kenapa tak boleh?" Sekali lagi Rafiq punya satu point yang kukuh. Alisha senyap. Matanya pandang ke depan. Termenung. Dia tarik nafas dalam, dan hembus. Nafas menyesal mungkin?
"Sha ada stalk Faris? Last bila?" Rafiq cuba alihkan perhatian dengan bertanya kepada Alisha mengenai soalan yang agak pedas bagi Alisha. "Ada, minggu lepas." Alisha malas nak ingat. Tapi dia terpaksa luahkan juga.
"Apa cerita dia?"
"Dia macam makin happy. And macam dah ada orang baru." Alisha satu persatu menerangkan apa yang dia nampak. Satu persatu juga dia sedih.
"Biarkan mereka happy. Biarkan Dila, Faris happy. Diorang juga perlu enjoy life diorang. Kita ni. Sampai bila nak bersedih dengan diorang?" Alisha pandang tepat kehadapan. Matanya tak berkelip.
***********************
assalamualaikum wbt.
assalamualaikum wbt.
Kisah yang seakan sama. Mungkin terdapat sedikit tambahan. Kisah yang hampir membuatkan air mata ini gugur lagi.
Kenapa? Bukankah aku dah kuat? Bukankah aku sudah merelakan dia pergi? Kenapa masih lagi perlu bersedih?
Ya, aku sudah merelakan si bekas kekasih pergi meneruskan hidupnya. Aku sudah tidak merasakan apa-apa dendam yang dulu bersarang di hati. Tapi membaca kisah itu seumpama membaca kembali diari yang dibuang. Mengingatkan aku kepada dia.
Dia, yang berkeras tidak mahu membuang gambar-gambarku di telefon selnya. Dia, yang masih lagi teguh berpegang pada hadiah-hadiah yang aku bagi. Terakhir aku lihat, telefon selnya masih mempunyai gambarku. Sejak dari awal kami menyatakan cinta hingga akhir perhubungan kami. Masih kemas tersimpan. Aku? Semua tentangnya telah aku buang. Heh.
Haih, bagus jugak kena angin weng camni. Memang perempuanlah. Nangis dulu, baru boleh fikir rasionalnya.
Dan hari ini aku berharap. Kepada awak, silalah buang semua gambar-gambar saya tu ye. Saya taknaklah ada lelaki lain simpan gambar saya melainkan suami saya. Kalau dah buang, baguslah. Terima kasih saya ucapkan. :)
Oh ya, kepada bestfriend, yang dengarnya semalam tak berapa sihat. Moga hari ini lebih sihat dari semalam. :))

*cerpen di atas di petik dari sini.
2 comments:
kak. nulis cerpen plop ke?
:D
haha. bukan la kak. buat ulasan bawah tu je sikit. cerpen cilok orang punya. ada kan link bawah tu. suka baca blog dia!
Post a Comment