Pages

Assalamualaikum w.b.t


What I write about might not be what I feel. It could be random. It could be about you, you or you. Or it could be about me. This is how I see the world. At least from what I saw through this thick spectacles.

:)

Tuesday, December 27, 2011

Hari ini dalam sejarah!

assalamualaikum wbt.

Memang betul dalam sejarah lah! Mula-mula tu excited. Then, risau. Sampai lembik lutut. Jalan tau nak jatuh je. Dah duduk atas kerusi dia, nervous. Tangan rumate pun digenggam kemas. Tapi rumate pegang kejap je. Yelah, dia pun cuak jugakkk. Haha. So, tangan Sya la yang jadi mangsa. Sampai akhir pegang tangan Sya. Hee tq Sya kasi pinjam tangan~

Akhirnya selesai. Sengal la jugak. Tapi at least hasrat hati tu dah langsai. Heh, dah lama kot nak buat.

Rumate: Purple
Me: Pink

:)

*tq sya ngan awien! :D

Monday, December 26, 2011

Kau tanya, aku jawab.

assalamualaikum wbt.

Ada seorang kawan blogger tanya aku, tak sakit ke bila tengok your ex happy dengan perempuan lain?

Jawapan aku:

Entahla. Sakit juga mungkin. Sebab tulah sampai sekarang tak bukak fb ex. Sebab tahu akan ada adegan yang tak enak akan dipapar di situ. Risau situasi yang terpapar di dada fb itu akan menggoyahkan pendirian yang telah dibina hampir..eh, bukan, tepat-tepat sebulan. Heh, baru sedar akan tarikh itu. :)

Sebenarnya, bila di tanya soalan itu kalau dulu akan laju menjawab ya. Sakit. Aku pernah menangis semalaman bila tengok dia dan awek baru dia bermesra-mesra di fb. Semalaman. Ya. Sedih sebab terasa oh, betapa dulu kata-kata itu hanya ditujukan untuk aku. Bukan orang lain. Tapi hari ini kata-kata itu ditujukan untuk orang lain. Bukan aku. Tiada lagi aku dalam kamus hidup dia. Sedih. Terkilan. Marah. Benci. Dan sayang.

Sekarang? Mungkin kalau terjumpa akan terkedu sebentar. Hati akan berdetak kencang. Tapi aku jamin aku takkan jatuh pengsan. Sebab aku dah lepaskan dia. Senyum sedetik dan berlalu pergi. Ya, mungkin itu yang aku lakukan.

Teringat? Kadang-kala. Rindu? Oh, tak. Sayang? Ya, aku masih sayang dia. Bukan mudah untuk hilangkan perasan sayang itu. Ya, aku dah moved on. Aku dah get over dia. Tapi aku masih sayang dia. Sebab dia pernah hadir memberi rasa sayang. Dia pernah menerbitkan rasa rindu. Sekadar sayang sebagai bekas kekasih. Ya, bekas kekasih.

*Awak, saya mintak maaf tersound awak hari tu. Hakikatnya time tu saya tengah tensi dengan CIMB Bank Batu Gajah dan juga penat lantas bila dapat mesej awak tu terus saya meletup. Awak, maaf tapi bagi saya awak seorang bukan benar-benar seorang lelaki. Kalau awak betul seorang lelaki, awak takkan letak fon tu tapi awak akan cuba untuk membetulkan diri awak pada saya. Mungkin awak mahu elakkan pertengkaran tapi lebih true jika awak tak letak fon tu secara biadap begitu. Maaf tapi itulah pandangan saya.


**Dear Miss Anon, saya jawab pertanyaan awak kat sini ye. Saya harap awak tak kisah. :) Takpe, mana-mana perhubungan pun sama je. 4,5 tahun ke setahun ke. Semuanya sama. Sebab cara orang yang terlibat dalam perhubungan itu berbeza. Kalau dah berhubungan 4,5 tahun tapi orang yang dalam perhubungan tu mencorakkannya dengan cara umpama setahun perhubungan so camne? Sama je kan? Awak, lain orang lain caranya untuk dia move on. Cara saya lain, cara awak lain. Mungkin siuasi kita sama tapi prosesnya tak sama. Jadi awak jangan risau. Saya tahu awak kuat. InsyaALLAH awak akan kuat melalui semua ni. You'll be okay eventually. Dan percayalah, akan ada yang lebih baik menanti. InsyaALLAH. :)


Tuesday, December 20, 2011

Cinta sampai syurga.

assalamualaikum wbt.

Sekarang ni kalau kat fb ramai yang share video pasal engagement Mr Arif and Miss Dena. Mula-mula tak rasa macam nak tengok pastu last-last tertengok jugak. Time tengok tu terus rasa macam, Aaaaaaaa~ Gosh, ini sangat comel! Dan penuh beradab. Now, that is how to approach a muslimat, young man.

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Itu janjiNYA bukan? Lepas view Miss Dena punya blog ternyata orangnya dari kalangan yang baik-baik. She's still a typical young girl who wants to have fun with her girlfriends. Well, she's only 19! What do you expect kan? But, she puts a limit in having fun. Tidak berlebih-lebihan. Dan kalau tengok dia punya vid tutorial on how to wear shawls pun, dia berdakwah dalam diam. Setiap vid tutorial dia tu mesti menekankan penutupan dada dengan baik. Dan juga tutup belakang sebab kadang-kadang ada yang pakai shawl ni either labuh kat depan singkat kat belakang or singkat depan labuh belakang. Aku tak pakai shawl tapi usha jugak die punya vid sebab seronok tengok. Hee. *jenis yang suka tengok orang pakai tapi sendiri pakai tak nak. haha*

To Miss Dena, good job! Di samping awak menceritakan kisah awak, sebenarnya bagi saya awak menyampaikan mesej yang sangat bermakna untuk remaja-remaja di luar sana *termasuklah saya*. Hubungan yang dirahmatiNYA mestilah mendapat restu ibu ayah dan paling penting mendapat redhaNYA. Moga dipanjangkan jodoh olehNYA sampai syurga. :)

*Nak jugak macam Miss Dena tu boleh tak? Tapi kena jadi baik dululah. Ye dak?

Thursday, December 15, 2011

Qada' dan QadarNYA.

assalamualaikum wbt.

Awak, I think I've made myself very clear last time. Don't contact me ever again. Make yourself invisible to me and vise versa. And make yourself dead to me and make myself dead to you. See, very clear right? But still, why did you have to contact me again? *sigh* Please dear you. Don't ever contact me again. There's no harm actually but please, think of her too. What would she feels if she knows you sent me messages saying you dreaming of me, missing me and stuffs? *sigh again* Please consider her feelings. I am nothing to you now and I want it to be that way forever.

***************

Heh, sedikit selingan ye di atas. Kalau-kalau dia terbaca blog ni. Hee. Sebenarnya kan, rasa tak percaya jugak. Sebab satu insiden kat KL aritu terus cepat boleh get over dia. Mungkin apa yang dia buat tu terlalu sakit sampai lepas tu rasa macam, haih, dahla. Enough is enough. No more you. Please. Di tambah dengan brainwash oleh rumate dan bestfriends. Memang sangat berkesan la brainwash diorang tu. Siapa-siapa yang nak kena brainwash boleh contact saya untuk pihak diorang. Tak mahal tak mahal. Hee sempat lagi tu.

Dan jugak. Terima qada' dan qadar ALLAH. Itu yang sangat penting. Bila kau terima qada' dan qadarNYA, insyaALLAH DIA permudahkan urusan kau. Tapi untuk terima qada' dan qadar ni bukan senang tahu? Sangat susah. Bertuah bagi aku sebab aku hanya ambik masa selama 2 bulan untuk terima. Ada orang ambik masa mungkin berbulan-bulan. Mungkin jugak bertahun-tahun. Ye, kita memang boleh cakap, "Aku terima qada' dan qadarNYA.". Tapi mungkin tu hanya kat bibir je. Tak sepenuhnya dari hati. Aku awal-awal pun macam tu. Kemain mulut cakap "Aku terima semua ni. Adalah hikmahnya tu," tapi dalam hati kemain jerit why whyyyyyyy? Takpe, slow-slow. Take baby steps before turning it into giant one.

Kawan. Bestfriends. Mereka sangat penting. Dan carilah kawan yang betul-betul kau boleh percaya. Yang boleh simpan apa yang kau cerita dan tak jaja cerita kau dekat orang yang tak sepatutnya. Aku sangat bertuah. Sangat-sangat bertuah. Sebab aku ada bestfriends yang sudi dengar cerita aku. Bagi pendapat diorang (atau lebih pada brainwash. haha). Brainwash ni pun berguna jugak. Sebab most of the time, we knew what we have been doing is useless but we keep telling ourselves that it's okay to try over and over again. We keep seeing signs but we ignore it. When someone told us that what we have been doing is useless, yes, we will be dumbfounded at first, but after that we will stop for awhile and think. And we will admit that it is true eventually. No point of waiting. No point. So, thanks eh rumate dan bestfriends. Aku sayang korang!

Daripada kejadian ni jugak la aku dapat seorang bestfriend. He is indeed my friend tapi sebelum ni takdelah sampai jadi bestfriend. We have been in the same primary, secondary school. Even the same university though different courses. When he heard that I had been in difficult situation, he came to offer his hand. He keeps giving me advices. Keeps giving me support. And he is playing a big role for me to survive this test. Thanks eh you. Aku sayang kaulah! :D

So, kesimpulannya *ceh, macam karangan sekolah* apa yang terjadi tu ada hikmahnya. Everything happens for a reason. You won't realize it at first. But, eventually you will know. HE tests you for a reason. Just be yourself and face the tests with a smile. 'Cause when you smile, the world will smile back to you.

:)


*Bestfriend bagi. Comel kan? Macam orang yang bagi. Hee :D*

Wednesday, December 7, 2011

Hidung kembang kuncup. Heh.

assalamualaikum wbt.


*klik untuk penglihatan yang lebih jelas*

Heheh, Bangga kejap. Haha.*eleh, tu pun nak bangga. biarlah! blog aku! XD*

Thanks ye dik. :))

Friday, December 2, 2011

Alhamdu lillah. :)

assalamualaikum wbt.

Haih, dah lama dah tak jenguk blog sendiri. Dok pegi jenguk blog orang lain je. Sorry ye dear blog.

Okeh, semua post Surat untuk Kau aku dah delete. Kenapa? Sebab InsyaALLAH aku dah get over dia. Yep, I am. Thank you for that incident past two weeks. Seriously, thank you. If not, I won't get over you this fast.

Thousand gratitude to my dearest roommate and Sya yang brainwash aku hari tu. Oh, brainwash korang sangat berkesan la. Terus sedar diri sendiri.

Sometimes we need to be scolded by our closest person so that we realize what we have been doing is useless.
-farhana aziz, 25 November 2011-

And for you. Thank you. Really. Thanks. You know who you are. :)