Pages

Assalamualaikum w.b.t


What I write about might not be what I feel. It could be random. It could be about you, you or you. Or it could be about me. This is how I see the world. At least from what I saw through this thick spectacles.

:)

Sunday, May 16, 2010

hari ni 16 Mei!

kalau dulu time skolah dulu tarikh 16 Mei slalu ade lam kepala.for sure, 16 Mei is study free day!hee.bukan stakat study free day, siap ade game, pas2 persembahan, makan-makan lagi..sronok2!

pastu hari 16 Mei jgk la slalu sibuk-sibuk cari cikgu kt bilik guru. yang pasti time tu penuh bilik guru ngan student. dan yang pasti jugak, kat tangan masing2 mesti ade hadiah. hadiah sebagai tanda penghargaan buat cikgu-cikgu. yang penat-penat ajar kita. lagi-lagi kalau darjah 6, form 3 and form 5. penat cikgu-cikgu mengajar tu takyah cakap la. memang penat. pagi da mengajar, pastu petang ajar ag untuk extra class n kadang-kadang malam pun kena mengajar ag untuk extra class. penat kan?tapi tak pernah pun dengar cikgu-cikgu ni mengeluh lam kelas. just cakap, "umi nak rehat kejap,penat ( umi ialah panggilan untuk cikgu perempuan di SMK Kubang Bemban )". ye, stakat itu sahaja!

oleh itu, sempena 16 Mei ini, saya hendak mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru di SK Sultan Ibrahim 1 dan SMK Kubang Bemban. dan juga tidak ketinggalan untuk kedua ibu dan bapa saya yang juga seorang guru.

jasamu tidak terhingga banyaknya. terlalu banyak budi yang dicurahkan sehingga diri ini yang dulunya tidak tahu apa-apa sekarang berada di tahap ini dan mengerti apa sebenarnya makna kehidupan.

TERIMA KASIH CIKGU!



*lencana SMK Kubang Bemban*


2 comments:

Nash said...

slmt hri guru utk guru2 fana...~

Farhana Aziz said...

selamat hari guru untuk guru2 abg nash jgk~