Pages

Assalamualaikum w.b.t


What I write about might not be what I feel. It could be random. It could be about you, you or you. Or it could be about me. This is how I see the world. At least from what I saw through this thick spectacles.

:)

Thursday, March 15, 2012

Cinta hingga hujung nyawa.



assalamualaikum wbt.

Ajal itu ketentuanNYA.

Dua filem yang aku tengok hari ni *heh, keje banyak kemain sempat lagi kau tengok movie cik fana?* iaitu One Day dengan Love, Nora betul-betul mengingatkan aku akan apa yang pernah aku rasa dulu. And btw, kalau nak tau dua filem tu pasal apa silalah google ye. Malas nak cerita kat sini. Anyway, dulu aku pernah cakap, aku rela terputus kasih kerana ajal sebab sekurang-kurangnya aku tahu dia masih setia dengan aku. Mungkin sebab ketika itu perasaan aku masih sakit ditinggalkan menyebabkan aku mengutarakan kenyataan itu.

Tapi lepas tengok dua filem tu, terus rasa macam tak rela dapat situasi macam tu. Sebab tiada siapa yang dapat melawan takdir yang tertulis. Ajal itu sesuatu yang pasti dan tetap akan terjadi. Aku rasa aku takkan sanggup untuk terus menyimpan rasa sayang sedangkan hanya aku sahaja yang berada di dunia ini. Tiada dia untuk selamanya. Ia seolah-olah perasaan itu tergantung tanpa dapat direalisasikan walau selepas seribu tahun pun. Aku takkan sanggup meneruskan hidup tanpa orang yang disayang tiada di sisi untuk selamanya. Kenyataan bahawa dia tiada di dunia yang sama dengan aku itu sangat perit untuk ditelan. Membayangkan sahaja sudah tak terkira peritnya apatah lagi untuk mengalaminya.

Ah, emosional pulak aku malam-malam ni.





*Maafkan aku. Aku tidak pernah mendoakan kau sebegitu tapi sedikit sebanyak rasa sakit yang tak tertanggung waktu itu mendorong aku merasakan sedemikian rupa. Maafkan aku sekali lagi.


No comments: